Saturday, February 18, 2012

Kepercayaan


Dulu, aku pernah membuat perbandingan seperti ini.

Kepercayaan itu boleh diibaratkan sebagai sehelai kertas.
Apabila kepercayaan itu dihancurkan,
ia umpama...


Anda ambil sehelai kertas,
kemudian dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil.
Anda genggam cebisan-cebisan tersebut,
di satu padang rumput yang sangat luas,
pokok-pokok melambai menunjukkan betapa kuatnya angin di situ.
Rambut anda juga berterbangan mengikut arah angin.
Boleh dilihat daun-daun kering dibawa bersama angin-angin tersebut.

Kemudian, anda melonggarkan genggaman anda.
Sedikit demi sedikit cebisan kertas kecil tu beterbangan ke udara.
Di bawa bersama angin-angin tersebut.
Hinggalah habis kesemuanya.

Anda hanya mampu melihat bagaimana angin-angin tersebut membawa cebisan-cebisan kertas itu pergi,
kemudia bertaburan di atas rerumput.

Untuk menjadikannya semula seperti kertas,
adalah sangat mustahil.

Kepercayaan, saya ibaratkan seperti itu.
Sekali anda pecahkan kepercayaan yang diberikan kepada anda,
sudah sukar untuk orang memberi kepercayaan seperti yang sebelumnya.
Tidak kiralah bagaimana pun anda cuba.

*******

Tiba-tiba aku merasakan komen seorang kawan tu membawa maksud yang signifikan dalam hidup ku.

"Kalau seorang tu sanggup kutip balik cebisan-cebisan kertas tu dan cantum balik semula dengan segala susah payah dia, masihkah akan ada ruang keampunan untuknya?"

Mencuba dan terus mencuba mencantumkan cebisan-cebisan itu kembali.
Insyaallah.

***

Pengajaran : 
Berusahalah untuk menjaga kepercayaan orang lain kepada anda. Sekali anda kehilangannya, segalanya sudah tidak lagi seindah dahulu. Serius!

Sunday, February 12, 2012

Biasa Lah Tu

Assalamualaikum..

Haha.. Nak la jugak aku tanya kat sini para pembaca(walaupun x dak pembaca) .. Apa perasaan kalian bila orang ungkit benda lama yang kalian tak suka? Kalau bagi aku memang aku tak suka gila.. Dan macam mana nak berdepan dengan orang macam ni? .. Aku pun tak tau.

Kadang-kadang tu geram nak mampos. Tapi kawan punya pasai kan. Buat tak tau sudah.  Walaupun hakikatnya sakit hati kan. Tak pa. Aku kan robot. X rasa apa.. Gelong2. Gelong2. Sebab tu la orang tak suka aku kan. Benci aku.. Perkara biasa la kan. Hg pi mana pun orang akan benci hg la afif.. Hakikat yang hg terpaksa terima..

Well.. Dah banyak merapu.. Walaupun kebenaran.. HAHAHAHA..


Saturday, February 11, 2012

OH FEB !!!

Assalamualaikum Pembaca..

Hari ni aku nak merungut lagi..Sebenarnya aku bukan apa. Mula-mula aku ingat Februari tahun ni boleh jadi bulan yang agak bes dalah hidup aku. Ye la. Bulan 2 ni adalah bulan yg sngt bermakna bagi aku setiap taun. Tapi selalunya bulan ni la yang paling sedih bagi aku.

Yeah dan aku nak merungut. Kenapa aku selalu tak dapat macam abang dengan adik aku dapat. Entah. Mungkin aku yang rasa macam tu. Haih.. Pelik betul kan. Kadang2 rasa macam dipinggirkan. Rasa terlalu jauh. Ada yang aku buat silap ka? Ada yang aku kurang dari depa ka? Kadang2 cuba jugak aku fikir. Tapi x penah sampai ..

Oh Afif Faiz. Bersabar.. Ni ja yang hang dapat. Apa boleh buat. Dilahirkan macam ni. Di besarkan macam ni. Janji hang boleh hidup sudah. Syukur la kan..

Gambar Tiada Motif

Friday, February 10, 2012

Semua Orang Berhak Bergembira

Walaupun kadang-kadang kau rasa dunia ini tidak berlaku adil,
Kau harus tetap tersenyum,
Kau harus tetap bertahan,
Supaya mereka yang gembira atas kesedihan kau akan bersedih atas ketabahan kau.

Mungkin dah lama kau terseksa,
Dah lama kau ingin melupa,
Dah lama kau ingin gembira
Dah lama kau ingin bebas.

Tak semua yang di hadapan kita jujur,
Yang berbicara demi kebaikan kita,
Yang menasihati untuk mencegah kita,
Sebaliknya,
mereka suka berbicara untuk mematahkan semangat kita,
suka menasihati atas dasar mahu dipandang mulia,
hakikatnya, mereka semua bertopeng seribu.

Percayakan diri sendiri,
Yakin pada gerak hati,
Buat lah hatimu gembira,
Kembalikan senyuman yang dahulunya sering terukir di bibir...

credit to:http://najihahsahami.blogspot.com/

Saturday, February 4, 2012

Random Post 3

Assalamualaikum

Rasa macam lama dah tak buat post. Mungkin sebab jadual belajar yang teramat sibuk + jadual peribadi lagi. Jadi dalam cuti ni terasa lah nak buat post alang-alang free sikit. Tapi tak dak apa yang nak diceritakan pun. Cuma untuk ahli-ahli keluarga dan rakan2 yang menyambut hari lahir. Tahniah. Semoga hari2 esok lebih baik ya.

My 2nd Bro 

My Pa n Bro

My Personal Logo..

Bacaan Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...