Wednesday, December 28, 2011

Yeah!! Gaming2

Assalamualaikum ..

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Last Post about Krismas. Hari ni nothing so important. Just menyatakan kegembiraan hati aku selepas aku telah berjaya membeli JOYSTICK baru.. YEAY!!!. Games ON!!.. Apalah nak jadi kat hang ni Afif.. Belajaq takmau.. Susah2.. Main game ja tau..

Nak bagi tau jugak.. Aku baru ja start men Red Alert 3. Noob kan. =,=".. Aku pun dah mula men PES 12. FIFA 12.. Hahaha. Semua lepas aku beli JOYSICK baru ni. Nampaknya susahla aku nak belajar kat KOLEJ nanti.. Pengaruh GAME!! HAHAHA..

Eh.. KOLEJ?? Aku tak buat apa lagi kerja.. Lalala~~ Kimia bawak balik saja. tak sentuh lagi.. IRP math?? jadi RIP Math la kot. Haha..Aku sangat berharap cikgu tak tanya.. :3 he~~.. Kalau tanya.. Aku la yang RIP.. keke~~. That's All.. Papai~

Joystic BARU!!! 

Sunday, December 25, 2011

Hanya Pandangan..

Assalamualaikum Pembaca..
Aku tulis ni aku bukan la USTAZ.. Bukanlah ULAMAK... Dan Bukanlah MUFTI.. Tapi.. Aku tertanya2 kenapa kita diharamkan wish hari natal ataupun krismas.. Kita bukan menyambut. Cuma wish ja. Tak bermaksud kita percaya. Tak bermaksud kita bersetuju dengan apa yang depa sambutkan.. Betul tak?

Bahkan Ianya baik .. Depa akan rasa kita sebagai orang Islam menghormati agama depa. Bukan kah tak elok kalau kita tak menghormati agama orang lain kerana boleh menimbulkan peperangan. Sampai ada yang kata sori aku tak boleh wish kat hg sebab Islam x bagi blablabla.. Bukan aku nak kata kat siapa2. Cuma .. Aku rasa ada yang tak kena. Agak2nya apa perasaan depa tau benda tu.. Bila kita post banyak dalam FB .. BLOG..

Akan ada golongan yang akan rasa tak dihormati bukan. Cuba anda tengok. Ada agama lain menghina sambutan2 yang orang ISLAM sambut. Depa siap wish dengan baik gila2 gi. sebab depa tahu. Kalau sekadar wish tak bermaksud kita percaya atau setuju apa2.. Just untuk mengeratkan HUBUNGAN.. Islam pun ada ajar untuk menjaga hubungan dengan orang BUKAN ISLAM.. Fikir2 kan lah..

Ini cuma pandangan dari aku seorang yang tidaklah semulia mana. Tidaklah berilmu mana. Cuma ada sedikit persoalan saja yang bermain dalam fikiran. Kepada sesiapa yang punya Ilmu untuk dikongsi bolehlah tegur  saya dengan KOMEN ka.. Apa2 cara sekalipun lah. Terima Kasih Membaca..



Maka Bersyukurlah!!

Assalamualaikum..
 Hari ni cuma nak luahkan perasaan sikit. Walaupun entry ni tajuk nya macam tu. Tapi aku tetap nak buat post yang kurang bersyukur ni. Saja jeles bila tengok budak2 yang cemerlang UPSR ,PMR dan SPM tiap2 taun gembira gila2 celebrate.. Dapat hadiah sana sini. Beribu ringgit. MOTO.. HENPON. LAPTOP..

Maka bersyukurlah dengan perasaan anda pada ketika tu. Hadiah yang anda dapat.. Kalau hampa semua nak tau aku pun dapat 8A JUGAK!!! .. Tapi.. Hari aku dapat result tu ada lah hari yang paling aku benci. Hari yang paling aku sakit hati. Hari yang boleh aku nak tak berlaku.. Melampau x??

Sebab ada 2. Tapi yang first tu mungkin akan diceritakan kemudian kerana terlalu panjang. Yang kedua.. Aku tak dapat apa!!!??? 8A x dapat apa ooo.. ok x?? Bukan x bersyukur. Abg aku boleh ja dapat. HENPON!!.. 8 ratus ooo waktu tu hp dia.. Aku? haha.. Sekurang2nya celebrate la kan. ni. Macam x dak apa ja.. Sunyi sepi~~ 8A bukan kemanapun kan.. haha..

Bukan PMR ja. SPM??!! dengan BANGGA(RIAK KEJAP WALAUPUN X LA BERAPA) nya aku nak KATA aku DAPAT A RATA jugak.. Apa aku dapat????? Haha.. Laptop duit sendiri?? Celebrate pun x..Haih.. Syukur2.. Takpa.. Aku nak pi belajar ja pun.. Bukan nak menunjuk aku kaya.. Hp CIKAI pon x pa.. Boleh Kol ngn msg sudah..

Walaupun wishlist aku dah bertaun2 lamanya ada 1 ja. Tapi tak penah dapat. Syukurla x dapat.. haha.. Sabarla  manusia ooiii.. Nak buat camna.. Takpa2. KUMPUL DUIT SENDIRI LA JUGAK!!!..  Baru leh dapat kot. Hehe..

So kepada MANUSIA yang luar sana.. Yang dapat apa hampa nak. Yang family hampa CELEBRATE.. Bersyukurlah MANUSIA... Bukan aku tak bersyukur. Mg x pun kan *hampa kata lam hati macam aku x tau* . Aku tetap bersyukur. Mungkin family aku nak ajar aku susah dan adik beradik aku yang lain senang kot??!! kan99??... Ok cukup merapu hari ni.. Papai~~
Doraemon!! Saya nak bla9!!!
Jadi NOBITA LAGI BEST.. 
Mintak kat DORAEMON ja..

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Anda anda dan anda!!

Post ini ditujukan khas kepada batch form 3 2011 SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA yang telah berjaya melonjakkan Nama sekolah ke tempat yang ke 12 dalam ranking PMR SBP.. Dengan peratusan 83%. Wah banyak gila. Zaman aku dulu separuh ++ ja. ayo. Haha.. Tahniah2..


Tapi walau macam mana pun jangan bangga sangat. SPM x sampai lagi. Penentu masa depan hmpa. Cuma jadikan PMR sebagai satu semangat untuk hampa semua terus belajar. Usaha sampai berjaya dunia dan akhirat. Bersyukur la kepada ALLAH sebab dah bagi hampa kejayaan ni. Berterimakasih la kat CIKGU2 yang hampa dok maki hamun tu. Dok kata tu kan. Sebab depa la hmpa bejaya sekarang.

Yang mana kurang tu. CEK BALIK.. Kat mana salah hampa. Cuai? Hubungan? Allah? fikir2kan lah. Kegagalan itu cuma suatu kejayaan yang ditangguh.. APAPAPA pun.. HAMPA SEMUA MEMENG COOL STYLE!!!..

Wednesday, December 21, 2011

Best of Luck..

Yeah!! To my juniors out there who have put all your efforts during PMR exams.. I think tomorrow will be your scariest MOMENT as your result will come out.. From ME?? All the best.. Mula2 Ingat nak pi tengok hmpa kat sekolah tu. But.. Dihalang oleh beberapa insan.. Tak suka aku la tu kan. Haha..


Don't worry. I really sure that ALL of you will get ALL A's.. InsyaAllah. Atas usaha dan doa yang hampa dah bagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda. Apa pun result yang keluar. YG PENTING REDHA DAN SHUKUR.. Allah sentiasa bersama kalian.. Good luck~~

Tuesday, December 20, 2011

Lagu Dan Memori

Malam ni nak berbicara tentang LAGU & MEMORI. Apa kaitan nya? Antara unsur yang paling kuat mengingatkan memori adalah MUZIK. Dan lagu adalah sebahagian daripadanya. Tak Percaya?? Sebagai contoh jika anda ada orang yang disayangi dahulu. Dan dia pernah menghadiahkan anda satu lagu. Kalau lagu tu dimainkan. Agak2nya. Siapa yang akan pertama datang dalam fikiran anda. Si dia bukan?

Aku bukan nak cerita fakta lah. haha. Aku cuma terdengar beberapa lagu yang boleh mengingatkan aku pada certain2 orang.. Teringat aku kepada insan2 yang telah banyak berjasa dalam hidup aku nih.. Antara lagu yang membuatkan aku ingat orang aku list dari paling mengingatkan aku dan orang yang aku ingat . maybe jela..

Wish(Original instrumental)- Amirah Saadah
Yiruma_Do You - Afiqa
If I let You Go- Luqman Hakim Azhar
Maaf_Radja - Kamal Ismeth
Menjaga hati - Zai
Snada_Demi Matahari - Kak Farah Fadhilah
Dear God - Farid Akhir
Cinta Seorang Teman - Diyana
When You re gone - Izzati Adli
Tiga kata -Mat Luthfi
You Are My Love_Tsubasa Chronicle- Nurshahira Abdullah
Kimi To Iu Hikari -Anis Nabihah & Faiz Johari
Babak Pertama- Isa
Anak kampung - Sabahan KMS
Saat Terakhir - KMPP
Rapuh - Ana

Yiruma~~


Ni la antara lagu2 dan insan2 yang aku ingat. Bukan yang lain aku tak ingat. Cuma ada certain2 orang yang kuat memori dia dengan lagu.. Ada sebab2 tersendiri. Macam2 kan si Kedink sorang ni.  Haha.

Monday, December 19, 2011

Seorang TEMAN

Malam ni aku menulis sebab teringatkan hutang aku yang dah lama tertunggak. Ada la seorang insan ni suruh aku tulis serba sikit apa yang aku nampak kat diri dia. Selepas beberapa lama mencari isi(alasan), malam ni aku terasa nak menulis..

Sebagai permulaan. Aku cerita macam mana kami boleh kenal. Ketika aku belajar di KMPP dan ketika aku masih mamai2 mencari kawan. Pada satu malam Library x buka, Aku ingat nak study dengan budak H2P2 malam tu. Tapi sebab lib x buka then aku tak jumpa depa. Aku pun cari la pusat nak study, then aku ternampak ketua prak H2P5 dengan geng dya maybe aku fikir waktu tu.. Aku pun pi la lepak. Dah boring sangat. Kat situ la aku mula mengenali insan ni. Penolong ketua dia. Aku pun tak tau . Tak semena mena aku pi tegur cara dia makan yang PELIK tu. Makan MASTER POTATO cubit kecik2.. X KA PELIK TU.. Haha

Kat situ la kami mula kenal. Then hari2 seterusnya aku selisih dengan dia maybe kat dewan kuliah and yang paling kerap sekali waktu malam study kat LIB. Tempat dya n the geng selalu stady betul2 depan meja aku. Mula2 aku buat tak tau. Sampai la ada di antara mereka yang tegur aku. Tanya Soalan. Mintak aku mengajar. Walaupun hakikatnya aku merapu. Then aku usaha untuk stdy hanya untuk mengajar depa.. PELIK KAN SAYA?? Satu sebab mengapa aku belajar pada ketika tu..
Hai BULAT!! 



Macam2 terjadi kat insan ni. Ketika perkara yang tak diingini(FAMILY MATTER) tu berlaku kat dia. Aku TERushapandang dia menangis. Aku terasa macam tak bes ja. Then bila geng dya sorang tu pggl aku mengajar. dalam otak aku. INILAH MASANYA nak cuba lawak BODO aku tu.. Tanpa disangka2 lawak aku Buat dia GELAK.. YES!!!!.. Aku tak suka tengok orang menangis ni. Hehe..

Then bila Saat aku nak keluar dari Matrik adalah saat yang paling aku tak kan lupa. Bila aku ternmpak dia n beberapa kawan dia mengalirkan AIR MATA. Mungkin aku perasan.. Haha. Tapi malam tu aku dah tak mampu buat LAWAK BODO aku dah. Sebab aku pun sedih. Aku mintak maaf sebab terpaksa pergi meninggalkan SEMBANGSTUDYGROUP kita..

Daripada tempoh aku kenal dengan insan ni. Aku rasa. dan menganalisis beberapa sifat dia. Mungkin yang aku nampak x betul. Firstly, sebagai seorang rakan dia seorang yang HAPPY GO LUCKY(kenapa mesty ada lucky eh?). Bila2 pun muka hepy ja.. Mempengaruh aku untuk jadi terlebeh hepy. Tahhapa2 hurian dia. Then, bagi aku dia seorang yang manja. Jelas ditunjukkan pada peristiwa tu.. Then, bila dia homesick.. HAHA.. Agak2 . Macam mana HOMESICK tu yer.. x pernah rasa. Lagi dia seorang yang sangat BAIK & PEMURAH bagi saya.. Selalu ja bagi aku MAKAN dalam LIB tu dan menyebabkan aku MELANGAR peraturan LIB. haha Bukan salah saya ya.. Dia TAKTAUMALU.. haha. Lawak ja.. Dia seorang yang BERANI.. Berani tanya aku bila tak tau. Aku bila tak tau tak tanya.. Haha.. Last2 teori sendiri.. Tak tau nak cerita dah. Dia seorang yg ada stia kawan kot.. Ye la. Aku rasa aku kenal dia baru 3 minggu paling lama. Haha. Menangis aku pi.. Lalala~~ Yang paling aku tersentuh bila dia tulis pasal aku PANJANG BERJELA dalam BLOG dia. Wahaha.. First time orang buat macam tu kat aku.  Terasa berharga. Tah apa2 aku perasan ni..
Insan bernama Afiqa Khir (gambar dicuri)


Aku tak tau dah nak tulis. Tapi rasa macam banyak lagi. Hehe.. Nanti ada masa aku TULIS lain. Huhu. Papai~~

Friday, December 16, 2011

Random Post 2

hai manusia.. Malam ni seperti biasa la Pakcik Kedink x boleh tidur lagi.. Susah beno nak tido ni eh.. Haha.. So   basicly malam ni aku tak tau aku nak cerita apa.. Haha.. Cuma nak cerita sikit lah. Malam ni aku banyak teringat kehidupan aku kat matrik dulu..

Mula2 masuk dulu.. Mak Ayah aku pesan jangan pikir apa dah.. Matrik ja. Waktu tu berat aku nak pi matrik. Walau macam mana pun aku kena pi jugak further stdy kalau x. Aku x leh masuk U nanti. So aku pi la dengan hari first yang sangat F bosan gila.. Tak kenal orang sangat. Then bila aku masuk dalam kumpulan praktikum aku aku mula rasa bes.. Fasi waktu tu best gila.. Kak Nor... Seorang yang bagi aku baik gila n sporting..

Aku mula kenal dengan sorang nama Haris. Then pian , faiz, nazrin, aznurin , afiq dan ah chai. Best gila2. Waktu ice breaking. Aku mula try bercakap. Ceriakan keadaan. Sebab bosan sangat. Waktu tu jadi la jugak. Hehe.. Aku mula kenal Farah, Asma, Aida, Anne, Syifa n ect2.. Bukan apa. Depa ni la yang aku rasa akan dok ngn aku 2 sem .. Tiba2 aku di pilih jadi ketua praktikum. Haha. Aku yang kat sekolah tak leh pegang amanah langsung tiba2 diberi amanah.. Aku pun try ja..

Aku mula conduct budak kelas aku sebaik mungkin sampai la habis orentasi. Then bila ada aktiviti macam astro race.. Aku mula kenal dengan budak prak lain. Mula2 H2P2.. Aku mula kenal dengan Ketua dia ja. Aiman kalau tak silap. Then penolong dia.. Ezzati mybe.. haha. Then budak2 yang lain.. Aku jeles bila tengok budak2 prak depa rapat sngt2 macam family.. Ketua depa memang bagus gilaa.. Aku respect sngt.. X macam aku langsung .. Aku memang ketua yang gagal..



Hidup aku diteruskan bila aku kenal pulak dengan budak2 H2P5. Geng2 ni amat ceria lagi menceriakan. Ketua dia yang tah hapa2 tapi style. Penolong dya g gila2 bes. Depa macam happy dok Matrik. Waktu tu aku tak rasa life g kat sana. Then Aku hang out dengan Geng2 ni beberapa minggu. Aku tak lupa orang yang selalu stady dengan aku , Afiqa, Rina, Mirol, haziq, Luqman, Syaza n Afaf. Antara orang yg selalu stady dengan aku.. Menceriakan hidup aku kat KMPP tu..

The worst thing happen bila aku mula mencintai kehidupan aku kat sana. I got offer to study abroad.. Aku tak nak pun. Tapi lepas dipaksa oleh family aku akur. Even sekarang pun ada penyesalan tu dalam diri aku.. Kenapa aku keluar matrik dulu. Hm.. dah lepas. Aku keluar dengan hati yang penuh sedih gila2. Tak tau nak kata macam mana..Hanya Allah yang tahu. Bila aku nak keluar. Aku pun inform la kat kawan2 baik aku kat sana. And benda yang paling aku tak sngka jadi. First tyme aku tgok orang sedih sebab aku.. Tu la first time dalam hidup aku aku tgok n aku rasa dihargai gila2.. Ya Allah. Awat la Engkau tarik nikmat aku waktu tu. Aku rasa bahagia gila2 dah kat sana. Benda yang tak dak dah berlaku. Aku kembali dalam hidup biasa. X dihargai. Macam dulu. Terpinggir.. Hmm.. Lumrah hidup. Maybe aku tak layak menerima kebahagiaan kan.. Aku tak la bagus mana.. Mungkin siksa2 hidup ja yang perlu aku lalui.. Mybe..

Aku kena berenti menulis. Kalau tak penuh.. Aku memang nak tulis banyak g kalau ikut hati. Then, akhir kata. Walaupun sat aku dok matrik. Aku bersyukur aku pernah kenal kawan2 aku kat sana.. Tak kan dapat ganti kat mana2 pun.. TQ for being my fren.. Tu saja. Assalam..

Thursday, December 15, 2011

Random Post

Disebabkan aku x leh tidoq malam ni. Aku pon tulih la post baru malam ni. Aku pun hairan awat aku tak leh tdoq. So tak palah random ja tajuk malam ni.. Aku teringat zaman aku sekolah dulu. Zaman aku darjah satu sampai 6. and tingkatan 1 sampai 5.. Macam2

Aku ingat lagi dulu aku masuk darjah 1. Masa tu manja gila.. Mak aku cikgu kelas aku la kan nak kata. Haha. Waktu ni la aku kenal beberapa orang yang aku tak lupa sampai sekarang. Faiz johari, Farah Awatif, Amira Faiz, Umi Hazwani.. Ni ja nama yang tinggal yang aku ingat.. Yang lain dah lupa.. Sori kepada yang masih kenal aku, Tapi aku tak ingt.

Bila darjah 2 aku pindah sekolah.. Pi SKJ 2. Kat sini la aku jumpa kawan yang rapat gila even sampai sekarang. Fitri Naufal, Ameen Husaini, Faisal, Irsyadi. dan banyak lagi macam Anis Nabihah, Zeida, Atikah, Farihah, Hazim, Alien, Najmi, Reza, Wan afiq, haha. Kalau list penuh post aku kali ni.. Aku tak pernah lupa.. Disini jugak lah. aku mula bergelar seorang pemain catur.

Masuk tingkatan 1 dekat Mat Jiwa. Mula2 masuk aku tak tau apa tu SBP. napa aku pi sekolah jauh ni. tak tau apa. Masuk ja. Then bila masuk aku tau , sini tempat orang2 cemerlang. Ya ka? aku tak pun.. Haha. Kat sini banyak ajar aku erti hidup.. Kena buli, pukul, pulau macam2.. Aku seorang yang Minoriti kat sekolah tu. Tapi x pa. Minority always being remembered. haha. Kat sini aku kenal kawan yang betul2 kawan macam Luqman Hakim Azhar. Megat.  Yana. Zati. Hajar. Ina. banyak g lah.. Walaupun aku tau aku annoy diorang ja.. Kat sekolah ni jugak la aku ada seorang ADIK. Fakhri Fitri. Kenai dengan budak ni banyak ubah aku. Rapat kat sekolah tu macam GaY  adik beradik kandung orang kata. Ada yang kata dia ngan aku perangai serupa.. macam2. Aku kenai jugak beberapa Junior yang sangat baik dengan aku. Atikah. Aisyah Pony. Norman. Mat. Nadia . Ifah. Zai. Zarul. Banyak2 kalau junior.. Peneman aku lepak dekat Serambi Intelek. haha. Sembang buhong.. Kenangan kat Mat Jiwa Memang tak leh lupa. Cikgu2 dya. Terutama cikgu BIO@CHESS aku Cikgu Sharifah Huzaimah. Cikgu banyak berjasa sampai aku boleh pi kebangsaan beberapa kali. Cigku2 aku yang selalu marah2 aku. Perli2 aku.. Cikgu Noraini Zakaria dan Saldan. Cikgu Teoh Cikgu Ng, Cikgu Afzan, Cikgu Rohah. cikgu Thawar Maisur. Banyak2 semua cikgu aku boleh list lagi pa.. haha..

Panjang kalau nak cerita sejarah aku kat sekolah. Mungkin akan aku cerita lain kali. Bila aku tak leh tidoq len kali. haha.. Cuma ni la antara benda yang selalu aku teringat bila aku tak tau buat apa.. Haha. Tu ja kot.. Papai~~

Tuesday, December 13, 2011

Tarbiah FB??!!

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak cerita benda yang jadi kat aku semalam. Tengah syok2 mengONLINE FB, TWITTER, FORMSPRING, BLOG ect2.. Tiba2 naik satu mesej kot FB dari seorang perempuan yang aku kenai tapi kurang kenai ni.. Dia bagi salam panjang punya.. Aku Pikir lah.. "eh.. minah ni kenal aku ka? ada hal apa la" so aku pun jawab dgn baik..

Keadaan aku ketika online.. hehe~~

Dia mulakan bicara dengan tanya mengatakan aku sorang yang pelik.. PELIK??!! seriously?? haha.. Well aku mmg pelik. Lepas tu dya tanya pasal apaa aku join contest "lelaki pilihan wanita bertudung" tu. Aku ni OK ka x?(mybe dya rasa aku sewel).. Lepas tu adalah beberapa yang aku jawab... dan kebanyakan nya aku jawab sebab aku bosan..

Dia kata aku POST FB banyak sangt.. Banyak sngt ka?? Sory tak perasan.. Mungkin dya rasa rimaih kan.. So x pa. Lain orang lain ragam.. dya kata dari aku buat kerja x dak faedah tu bek aku BACA QURAN.. Wow.. Hebat wanita ini.. Aku TABIK SPRING!!!.. Walaupun x berapa kenal dia, n dya x berapa kenal aku. MAYBE.. dia berani tegur aku.. Terasa jugak aku ..

Aku pikir mmg betul apa dia kata kan.. Soo x pa.. Take it positif man.. Then aku pun terus berbicara sampai la dia OFFLINE.. Banyak benda aku terpikir malam tu.. Allah nak tegur aku kot.. Maybe medium DIA melalui insan ni kan.. Alhamdulillah.. Masih ada peringatan untuk aku..


"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)

Monday, December 12, 2011

Perhatian Kepada Pembaca

Ada soalan untuk ditanya?? 
Tak tahu di mana???
Silalah ke Page ini


Tanyalah soalan .. InsyaAllah terjawab.. 
Terimakasih kerana membaca..

Bila Dah Bosan!! SILA BACA!!!

Hahaha.. Bila aku dah bosan sangat aku pun buat la kerja kurang berfaedah ni.. Masuk Contest!!!..

Like FB di Link Ini. (CLICK)

Kepada pembaca yang BAIK2 sekalian .. Sila lah LIKE ye.. Mana tau ada rezeki menang.. Hehehe..

Sunday, December 11, 2011

Melanda Lagi

Hai semua.. Aku dah tak tahu nak buat apa. Kebosanan cuti datang lagi.. Biasalah cuti.. Buat something yang kuta nak. Then.. Tak tau buat apa.. So.. tidooo memanjang.. Apa nak jadi dengan kau ni afif faiz.. Ada kerja malas nak buatkan.. Lepastu kata bosan.. Hehe..

Btw. Cuti ni kurang bes sebab aku x da duit. X boleh bejalan. Membeli belah.. Senang dikata bosan gila.. Sebab x da duit.. Aku sebenarnya berhasrat untuk pergi melawat KMPP .. Tempat dimana aku belajar erti hidup.. Seronok hidup kat sana.. Sampai sekarang aku boleh kata.. Kat situlah tempat belajar yang paling seronok pernah aku pi..


Aku selalu teringat kawan2 aku kat sana.. Haih. Apakan daya.. Benda dah lepas. Dah tak boleh nak pi balik dah.. Kalaulah diberi masa beberapa lama untuk aku tinggal di sana. Aku nak sangat pi.. Teruskan berangan2 .. Haha.. Sori la.. Merapu banyak sangat.. Papai~~

Saturday, December 10, 2011

Saya di HACK!! =,="

Haha.. Apabila ibuku memecah masuk bilik aku tanpa pengetahuan.. Macam2 terjadi.. Lawak sungguh..

Inilah akibatnya apabila tggl lappy terbukak.. =,="



Reaction segelintir sahabat.. haha..

Lepasni taubat nak tutup lappy aku bila aku pi mana2 pun.. serik.. haha.. apa pun.. Tq IBU..

Thursday, December 8, 2011

OH kepalaku!!

Hari ni nak cerita kepala aku yang sakit nih.. Kenapa lah.. 2 3 hari ni rajin sangat sakit kepala ni.. macam ada ja benda2 dok "katok" arrghh.. Kekadang dok pikir gak.. mybe sebab tidur yang terlebih.. Ataupun berjaga malam yang terlebih kan..

Biasa la.. Orang dok asrama.. Balik rumah ja. Tido lah keje nya.. Online malam2.. Bila orang kata awat tdoq lambat sngt.. Kononnya nak samakan dengan keadaan luaq negara la.. Petuih.. Pi pon x lagi .. Hhaa.. tapa2.. Doa2.. InsyaAllah.

BTW.. sesapa ada idea sebab apa aku sakit kepala nih boleh la bagi tau noh.. Boleh la aku elak ..sakit betul argghh.. hehe.. tah hapa2..Tu saja hari ni.. Papai~~

Sebuah Pertemuan

Album : See You Di IPT
Munsyid : Unic

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Wednesday, December 7, 2011

Peringatan

Solat itu menghantarmu setengah jalan,
puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan
dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya.
~Sahl bin Abdullah At-Tusturi~

Siapa yang berasa senang
dengan pujian orang terhadap dirinya,
bererti ia telah mengizinkan syaitan
untuk masuk ke dalam perutnya.
~Ahmad Athaillah~

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam:
Nikmat, bala, taat dan maksiat.
Maka jika ada di dalam nikmat ,
kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah
dan jika menerima bala harus sabar.
Dan jika dapat melakukan ketaatan
harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah.
Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat,
maka harus membaca istighfar
~Abul -Abbas Al Masri~

Allah mengasihani kaum yang menganggap
dunia sebagai barang simpanan.
Lalu mereka menyerahkannya kepada orang
yang sanggup memegang amanah mereka
terhadap barang simpanan tersebut.
Kemudian, mereka merasa senang
dengan ringannya beban.
~Al-Hassan Al-Bashri~

dipetik dari Halaqah

Tuesday, December 6, 2011

Gagal dan Berjaya

Post yang ditujukan kepada rakan2 sahabat2 ku yang baru mendapat result apa saha peperiksaan.. Terutama MATRIK.. Tahniah kepada yang 4 rata.. Dan kepada yang kurang sikit tu.. ingatlah..

” Kegagalan Mengajar Anda Kejayaan ” Kegagalan itu ada banyak jenis.. Contohnya, orang gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam hidup dan banyak lagi.

 Anda perlulah berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya anda tak berani maka ia sudah memberi ‘petanda’ hati kita memerlukan ‘motivasi’ dan ‘inspirasi’ dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup.


 Kegagalan dalam hidup bererti seseorang selalu merasa gagal dalam mencapai segala sesuatu. Padahal, sebenarya kegagalan itu tidak ada kerana anda terus berjuang dan mencari cara yang lebih baik untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan sebuah kesalahan hidup yang dilakukan manusia itu sendiri.

 Contoh seperti Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya. Sehingga pada suatu saat Thomas Alva Edison, pencipta lampu itu mengatakan : “Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percubaan saya mencipta lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu” disini dari kegagalan kita belajar sesuatu.

 Beliau juga pernah ditanya “Anda sudah mengalami ratusan kegagalan, apakah anda tidak bosan dengan kegagalan-kegagalan yang anda alami?” Thomas pun memberikan jawaban dengan lantang, “Justru dengan kegagalan-kegagalan itu, saya akan mengetahui ribuan cara agar lampu tidak menyala.”

 Gagal bukan bererti kalah,Gagal bukan bererti gagal selamanya,Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan. Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.Kegagalan mematang dan mendewasakan kita Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.

 Jangan takut pada kegagalan kerana dari kegagalan maka datangnya kejayaan, belajar sesuatu dari kegagalan, insyallah kejayaan akan datang.

Aku Insan Biasa

Aku insan biasa…
yang tidak lari dari kesilapan…
yang tidak jemu membuat dosa…
juga tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi…

aku hanya insan biasa…
juga mempunyai kesedaran diri…
aku tahu bahawa hidup aku hanya untuk sementara…
akan tiba masanya aku akan pergi meninggalkan dunia..
akan tinggalkan semua yang aku pinjam daripadaNYA…

aku hanya insan biasa…
padaku tiada apa-apa..
hanya yang ada padaku adalah barangan pinjaman daripada Allah yang Esa…
aku hanya insan biasa…

hanya tangan yang mampu ku tadahkan kepada Pencipta KU, agar Ia memberi rahmat yang dimiliki…
keampunan yang sangat diharapkan oleh seorang insan yang biasa.


Sunday, December 4, 2011

Jawab je laa

Selepas di TAG oleh blog lain.. Aku pun dah x dak kerja apa.. soo jawab ka soklan2 yang dya suruh,,,

11 Perkara Tentang PAKCIK KEDINK

1. Saya seorang yang sangat MALAS.. Haha.. dah memang dari kecik dilahirkan malas. x macam adik beradik aku yang lain.. Sampai esok exam pun x stady lagi . Haha...

2. Saya KEDINK semula jadi bukan sebab KURANG MAKAN.. Basicly aku makan memang banyak tapi nak buat lagu mana.. TAkDir kata aku x leh gemuk.. Terima je la kan.. haha.. Aku suka aku x besar pon. Boleh MAKAN apa saja. and I EAT almost EVERYTHING halal. JGN JELES ya.. hahaa

3. Saya seorang yang JAHAT... Beware dengan aku nih.. Biasa lah seorang pemain CHESS.. akan buat apa saja untuk menang.. Aku akan buat apa saja untuk capai matlamat aku.. Termasuk buat perkara yg x patut.. YOU ARE ALL MY PAWNS.. Bahahaha

4. Aku suka mengANALISIS orang.. Analitikal.. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memahami orang and tahu nature seseorang itu. For what??? It gives me so much advantages on that person.. Lagi satu senang nak elak dari buat benda yang orang tu x suka..

5. Seorang yg DIRECT.. Sorry to say.. Yang ni susah nak ubah.. If aku ada cakap direct so.. Maafkan aku.. Kekadang tu haha.. x terkawal diri ni..

6. Aku x suka marah tapi aku PENDAM.. Haha.. Jaga2 lah ya .. aku memang x marah. But kalau aku balas.. PERANG SARAF la jadinya.. aku x suka la buat fizikal kan.. MENTAL lagi best!!!...

7. Hatiku SEKERAS BATU.. Dah macam robot sekarang ni.. Macam x da perasaan.. That's why aku boleh main chess kot.. NO MERCY.. haha.. but surely.. dalam real life pun aku rasa benda ni advantage gila bagi aku.. Hahahaha..

8. Saya suka LASAK.. Benda yang lasak BEST.. X mau la lembut2 untuk pempuan ja.. Haha..

9. I love to play GAME and good at it.. Haha.. Game ni dari kecil lagi.. Yang besnya aku cepat belajar main game.. Hehe.. Then cepat la aku bosan.. Then kena main game lain.. Susah manusia Macam ni..

10. I'm good at study but I dont LOVE it.. haha.. Aku pun tak tau. aku suka  belajar n base on result.. OK la.. Tapi aku x suka stady.. That's y i can never be on TOP.. hehe.. Tapi aku bersyukur dengan diri aku yang macam ni.. At least aku x gagal.. TQ ALLAH..

11. I can be your BEST friend or your WORST enemy.. Haha.. Pikir sendiri lah.. Buat baik dapat baik. Buat jahat dapat jahat lakan.. tu ja..

11 soalan dari orang yang TAG saya

1. Event paling memalukan..
- Soalan private ini x mampu dijawab kerana terlalu memalukan diri.. hahahaha

2. Kalau dah tau ajal.. Apa nak buat..
- Buat amal banyak2 la.. Bagi masuk syurga.. *soalan x releven..

3. First Love umur berapa? n masih sayang ka?
- Basicly form 2.. banyak kisah dalamnya yang x boleh lupa n menyakitkan.. Sayng??? Hanya Allah yang tahu.. Mybe.

4. Memory paling berharga n x lehlupa dalam hidup..
-Kehidupan aku di KMPP bersama2 kawan2 aku kat sana.. walaupun pendek .. banyak mengajar aku.. U are ALL the BEST!!

5. Sesuatu yang paling takut..
-Allah la.. Haha.. Kalau peristiwa.. Aku takut kalau aku kehilangan orang2 yang berharga bagi aku.. x boleh di gambarkan...

6. Excited gila apabila??
- bnyak masa aku excited ni.. Menang sesuatu.. Boleh jawab exam.. N paling aku excited bila aku mengajar orang.. Aku rasa BEST!!..

7. Quote yang paling disukai
- If you want to be a genius, you have to be PARADOX..*quote sendiri.. haha..

8. Kalau MARAH/SEDiH , apa yang dibuat..
- Balas dendam!! BAHAHAHA.. nth la.. Mndi lama2.. ehehe .. Pi surau.. camtu la KOT..

9. Ciri2 dream girl/guy..
-Soalan ni x leh belah.. Aku mengharapkan wanita yang baik*aku x baik pun, teruk punya laki.. Yang pandai menjaga pergaulannya.. Pakaianya. Agama nya dan tingkah lakunya.. Pandai mendidik. Tak perlu terlalu pintar.. Ataupun terlalu cantik.. Yang penting perkara yang disenaraikan di atas ada..(aku x sedar diri yang aku x baik mana pun)

10. Dilindungu/Melindungi??
-Melindungi la.. Macam hero sikit.. haha.. Taksempurna iman kalau x menyayangi orang lain macam sayang diri sendiri.. So.. Melindungi la.. haha..

11. Who is "orng yang menTAG" bagi aku... Ada yang perlu diubah??
- Orang yang agak penting bagi aku.. Seorang yang baik lembut and peramah. Buat EXPERIMENT baru nak memahami(susah macam ni).. haha... a CRY BABY.. yang perlu diubah entah la.. tanya diri sendiri...


SO aku nak TAG jugak



Peraturan
-cerita 11 perkara tentang diri anda
-jawab sebelas soalan saya
-tag 11 orang(jika mampu)
-jawab sepenuh hati..

Soalan aku
11 soalan yang aku jawab di atas.. haha...

Selamat menjawab!!..

Saturday, December 3, 2011

Soft Skill Programme

Sebelum balik hari tu.. Ada la program soft skill.. Say What?? penat Exam tak habis lagi.. Hu~~.. Then budak2 IB KMS dok kata.. SOFTSKILL2.. haha.. Nak kata depa x kena la tu.. Tak pa.. Pi jela.. Malam tu pembukaan .. ICE BREAKING.. macam biasa. Mula2 dapat Group 2.. Lpas tu sebab dah terlebih ahli aku
pun pindah pi group 14.. Then buat nama group Legend-Dairy(idea asal) Last2.. jadi legendary.. Pon ok lah..
Group dengan HOTSTUFF.. ahaha.. Nana@husna hasib

Ketua dengan penolong... 

Mendengar TALK

tekun??

Mega PROJECT

Aku rasa Aktiviti Bosan.. Tapi sebab ahli group yang BEST2.. Memang bes.. Tak berenti gelak .. haha.. Keras perut aku dok dalam group tu..

In the end, petang last aku tak leh hadir.. sebab kena siap untuk balik.. Sory x leh sumbang mata.. BTW.. no 4 .. OK laaa.. Good performance.. Thats all .. tata~~

Finally Home

Tepat jam 9.01 pagi.. Aku selamat tiba di rumah. Alhamdulillah selamat sampai.. Naek train,.. Tapi balik kali ni tak berapa ramai. 4 orang ja.. Sunyi dalam train tu.. Nina & Najwa (orang biasa) n Rosman orang baru naik train. Tapi kali ni selesa gila sebab tak sejuk macam dulu.. Tahap dewa punya sejuk..

dalam train .. Rosman & najwa

Walaubagaimanapun.. Aku dah start cuti aku . Plan cuti masih tak penuh. So.. Sedang merangka plan untuk cuti bulan ni.. Tapi kena ikut budget la kot.. Duit x da ni.. Haha.. POKAI... ayo.. susah2. Banyak benda aku nak cerita ni.. Nnti bila ada mood aku tulis lah kan. Haha. Soo.. Tata~~~ haappy HOLIDAYS..

Bacaan Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...