Wednesday, February 29, 2012

Suatu Cerita

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya aku tak update blog ni rasanya. Sibuk sangat minggu ni menyelesaikan majalah kolej yang perlu disiapkan sebelum cuti mid sem ni rasa nya.. Tapi dalam kekalutan tu aku rasa nak jugak tulis blog hari ni. Kalau tak. Rasa kurang senang setiap hari aku berjaga dan tidur..

Firstly, aku nak mintak maaf sangat2 kepada 2 orang kawan aku yang baru saja clash kerana mungkin aku penyebabnya. Lagi sorang kawan aku tu, aku minta jugak la kan. Mungkin ada salah aku kat dia sampai maki-maki aku tak ketahuan tu. Yup. Aku sedar. Aku tak baik dari dulu sampai sekarang. Dan aku tak bajet baik pun. *dalam hati hampa mesti kata aku bajet jugak kan. Dan tak perlu ungkit kan? Aku tak pernah ungkit cerita hang. So aku harap hang faham.. Aku tak mau la gaduh. It's ok kalau nak benci aku.. cuma dengar penjelasan aku dulu. Sebelum tembak aku bukan2. Aku tak marah.

Cerita ni mula aku rasa sem lepas lagi. Tak pun awal tahun ni. Ketika kawan aku yang lelaki ni cerita masalah dia kat aku. Waktu tu aku suruh dia terus bersabar. Then lama2.. Dia cerita lagi. Katanya makin teruk. nampak macam dah nak putus asa. Aku takut dia jadi tawar hati. Waktu tu pun aku cuba tahan lagi. Aku kata sabar. Biar aku cakap dengan si perempuan tu elok2. Aku faham. Laki ni mungkin tak berani.. So aku bagi tahu perempuan ni. Aku tak kesah kena marah. Sebab kawan aku.. Then aku sangat harap yang perempuan ni faham bf dia. Sebab aku tak nak tengok hubungan kawan aku 2 orang ni terputus . Sebab dah lama depa sekali.

Then, sikit-sikit aku punya pendapat semakin berubah bila tengok si perempuan ni tak jugak berubah. Mungkin dia nak bebas kan. So aku kata kat laki ni better lepaskan. Mungkin aku dah sewel. But bukan aku sorang. ramai lagi kawan2 si laki ni bagi jawapan yg sama. Aku kata . Up to him. Aku cuma x nak tengok dia down. sedih2.. So that bila dah jadi clash tu(MUNGKIN).. Pihak perempuan dan kawan baik dia salah kan aku.. Mungkin memberi nasihat tu salah.. Aku bukan nak batu apikan hampa. Tak terlintas lgsung.. Aku rasa dalam keadaan kritikal tu. Win 2 win solution ada lah clash kan. Sorang tak nak di sakiti ,sorang x nak di kongkong..

Tapi bagi aku jugak la. Pendapat ja. mengongkong tu x la mengongkong. Rasanya tu adalah act of jealousy. caring and LOVE. Ye la . Siapa la yang sanggup tengok orang yang nak dijadikan isteri atau suami bersosial dengan lelaku atau perempuan lain secara mesra. Sukar bukan. Aku pun rasa , aku pun susah nak terima kalau tu bakal isteri aku..

Ini hanya luahan hati.. Aku minta maaf kepada insan2 yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Mungkin ada salah aku yang buat hampa tak puas hati dan mengambil keputusan untuk maki aku. Then, put it directly at me. Aku tak marah kalau memang salah aku. InsyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka dan akan cuba berubah...

Lasty, aku cuma nak bagi tahu, dan peringat diri. Ada orang pernah pesan kat aku, bersyukur apa yang ada sekarang, jangan nanti terkapai2 mengejar bila ianya telah pergi.. TQ reading. Any comment just say it..

Saturday, February 18, 2012

Kepercayaan


Dulu, aku pernah membuat perbandingan seperti ini.

Kepercayaan itu boleh diibaratkan sebagai sehelai kertas.
Apabila kepercayaan itu dihancurkan,
ia umpama...


Anda ambil sehelai kertas,
kemudian dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil.
Anda genggam cebisan-cebisan tersebut,
di satu padang rumput yang sangat luas,
pokok-pokok melambai menunjukkan betapa kuatnya angin di situ.
Rambut anda juga berterbangan mengikut arah angin.
Boleh dilihat daun-daun kering dibawa bersama angin-angin tersebut.

Kemudian, anda melonggarkan genggaman anda.
Sedikit demi sedikit cebisan kertas kecil tu beterbangan ke udara.
Di bawa bersama angin-angin tersebut.
Hinggalah habis kesemuanya.

Anda hanya mampu melihat bagaimana angin-angin tersebut membawa cebisan-cebisan kertas itu pergi,
kemudia bertaburan di atas rerumput.

Untuk menjadikannya semula seperti kertas,
adalah sangat mustahil.

Kepercayaan, saya ibaratkan seperti itu.
Sekali anda pecahkan kepercayaan yang diberikan kepada anda,
sudah sukar untuk orang memberi kepercayaan seperti yang sebelumnya.
Tidak kiralah bagaimana pun anda cuba.

*******

Tiba-tiba aku merasakan komen seorang kawan tu membawa maksud yang signifikan dalam hidup ku.

"Kalau seorang tu sanggup kutip balik cebisan-cebisan kertas tu dan cantum balik semula dengan segala susah payah dia, masihkah akan ada ruang keampunan untuknya?"

Mencuba dan terus mencuba mencantumkan cebisan-cebisan itu kembali.
Insyaallah.

***

Pengajaran : 
Berusahalah untuk menjaga kepercayaan orang lain kepada anda. Sekali anda kehilangannya, segalanya sudah tidak lagi seindah dahulu. Serius!

Sunday, February 12, 2012

Biasa Lah Tu

Assalamualaikum..

Haha.. Nak la jugak aku tanya kat sini para pembaca(walaupun x dak pembaca) .. Apa perasaan kalian bila orang ungkit benda lama yang kalian tak suka? Kalau bagi aku memang aku tak suka gila.. Dan macam mana nak berdepan dengan orang macam ni? .. Aku pun tak tau.

Kadang-kadang tu geram nak mampos. Tapi kawan punya pasai kan. Buat tak tau sudah.  Walaupun hakikatnya sakit hati kan. Tak pa. Aku kan robot. X rasa apa.. Gelong2. Gelong2. Sebab tu la orang tak suka aku kan. Benci aku.. Perkara biasa la kan. Hg pi mana pun orang akan benci hg la afif.. Hakikat yang hg terpaksa terima..

Well.. Dah banyak merapu.. Walaupun kebenaran.. HAHAHAHA..


Saturday, February 11, 2012

OH FEB !!!

Assalamualaikum Pembaca..

Hari ni aku nak merungut lagi..Sebenarnya aku bukan apa. Mula-mula aku ingat Februari tahun ni boleh jadi bulan yang agak bes dalah hidup aku. Ye la. Bulan 2 ni adalah bulan yg sngt bermakna bagi aku setiap taun. Tapi selalunya bulan ni la yang paling sedih bagi aku.

Yeah dan aku nak merungut. Kenapa aku selalu tak dapat macam abang dengan adik aku dapat. Entah. Mungkin aku yang rasa macam tu. Haih.. Pelik betul kan. Kadang2 rasa macam dipinggirkan. Rasa terlalu jauh. Ada yang aku buat silap ka? Ada yang aku kurang dari depa ka? Kadang2 cuba jugak aku fikir. Tapi x penah sampai ..

Oh Afif Faiz. Bersabar.. Ni ja yang hang dapat. Apa boleh buat. Dilahirkan macam ni. Di besarkan macam ni. Janji hang boleh hidup sudah. Syukur la kan..

Gambar Tiada Motif

Friday, February 10, 2012

Semua Orang Berhak Bergembira

Walaupun kadang-kadang kau rasa dunia ini tidak berlaku adil,
Kau harus tetap tersenyum,
Kau harus tetap bertahan,
Supaya mereka yang gembira atas kesedihan kau akan bersedih atas ketabahan kau.

Mungkin dah lama kau terseksa,
Dah lama kau ingin melupa,
Dah lama kau ingin gembira
Dah lama kau ingin bebas.

Tak semua yang di hadapan kita jujur,
Yang berbicara demi kebaikan kita,
Yang menasihati untuk mencegah kita,
Sebaliknya,
mereka suka berbicara untuk mematahkan semangat kita,
suka menasihati atas dasar mahu dipandang mulia,
hakikatnya, mereka semua bertopeng seribu.

Percayakan diri sendiri,
Yakin pada gerak hati,
Buat lah hatimu gembira,
Kembalikan senyuman yang dahulunya sering terukir di bibir...

credit to:http://najihahsahami.blogspot.com/

Bacaan Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...